top of page

Jangan #PauseMalaysia dengan PN, ayuh #ForwardMalaysia - Akmal Nasir

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Oct 8, 2020
  • 2 min read

Kelemahan dan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara ketika ini tidak bermakna rakyat yang mahukan perubahan harus mengalah dan berputus asa begitu sahaja.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, beliau menganggap setiap kelemahan dan kegagalan itu perlu dipandang serius bagi memastikan kerajaan PN tidak menyalahgunakan kuasanya ke atas rakyat dengan sewenang-wenangnya.


"Semakin hari semakin kelihatan bahawa kerajaan PN tidak mampu untuk memimpin negara.


"Bermula dengan mengkhianati mandat rakyat Langkah Sheraton, bersandarkan habuan dan kuasa, kita tidak tahu ke mana hala tuju dan nasib masa depan negara.


"Dalam keadaan negara sedang bergelut menghadapi ancaman Covid-19 dan masalah kelembapan ekonomi, rakyat terus dipersalahkan sedangkan menteri-menteri yang langgar penguatkuasaan masih bebas daripada tindakan hukuman," katanya.


Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berpendapat rakyat sudah tidak boleh menerima lagi sikap 'double standard' yang sering ditunjukkan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Hipokrasi terburai, yang dicanang di televisyen tidak sama seperti perilaku mereka yang sebenar.


"Kelantangan rakyat dengan trend #MuhyiddinOUT di Twitter memberi semangat dan keyakinan bahawa kita melakukan sesuatu yang lebih baik.


"Pada hemat kami, PN hari ini tidak kompeten, cakap tak serupa bikin dan mengamalkan pemerintahan dua darjat," katanya.


Justeru, Akmal memperkenalkan pemikiran baharu iaitu #ForwardMalaysia.


Dalam #ForwardMalaysia, ia menolak kerajaan yang mengamalkan layanan dua darjat, menuntut kerajaan yang kukuh dan stabil, menuntut supaya pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat dan mengamalkan budaya demokrasi yang matang.


"Kita perlu melangkah ke hadapan #ForwardMalaysia, jangan terhenti atau layu seperti cadangan #PauseMalaysia, sehingga negara terus dibelenggu dengan kegagalan PN.


"Janganlah pula kerana tamakkan kuasa, yang memerintah terus mengugut rakyat untuk diheret ke pilihanraya.


"Kita akan terus bersuara dan menegur kesilapan, mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti.


"Jika sudah tidak mampu memimpin melalui tauladan, eloklah berundur secara baik. Apa yang kita mahukan, agar Malaysia boleh melangkah ke hadapan!" katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page