top of page

Jangan “menepung tiada berberas” - Saifuddin bidas Khir Toyo

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 31
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ditempelak susulan kenyataannya bahawa laungan "Turun Anwar" akan kekal sebagai mantera rakyat sehingga Perdana Menteri itu dijatuhkan.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan bahawa Mohamad Khir bukan sosok yang layak bercakap soal semangat rakyat atau integriti kepimpinan.


"Kalau mahu bicara soal rakyat, lihat dahulu sejarah sendiri. Jangan selindung di sebalik retorik untuk menebus kegagalan lalu.


"Mohammad Khir adalah Menteri Besar Selangor pertama yang dihumban keluar melalui pilihanraya selepas terpalit pelbagai skandal, termasuk tindakan biadab terhadap penjawat awam dalam kontroversi serahan penyapu," kata Saifuddin dalam satu kenyataan.


Selain itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 telah mensabitkan Mohamad Khir atas kesalahan menyalahguna kuasa untuk membeli dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga hanya RM3.5 juta untuk dirinya dan isteri ketika memegang jawatan awam.


Susulan sabitan itu, Mohamad Khir dijatuhi hukuman 12 bulan penjara.


"Lebih memalukan, gelaran Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang dianugerahkan kepadanya juga ditarik balik oleh DYMM Sultan Selangor kerana kesalahan itu," tambah Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat itu.


Menerusi kenyataan tersebut beliau turut menyindir kenyataan Mohamad Khir yang diibaratkan “menepung tiada berberas”, yang membawa makna banyak bercakap namun tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Saifuddin turut menegaskan bahawa rakyat kini tidak mudah tertipu dengan gimik politik lama dan berdiri akan teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat maruah Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page