top of page

Jangan lupa kerajaan hari ini dibentuk melalui rampasan kuasa, bukan mandat rakyat

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 10, 2020
  • 1 min read


Nampaknya, segelintir rakyat sudah lupa mengapa usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Rata-rata yang menyokong Muhyiddin dibutakan dengan bantuan kewangan, bacaan doa dan perutusan yang ditulis dengan begitu indah oleh penulis ucapan dan usaha memerangi COVID-19, yang sebenarnya merupakan hasil titik peluh petugas barisan hadapan diketuai oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Yang mereka sudah lupa, Muhyiddin jugalah pemimpin negara yang mengetuai Langkah Sheraton bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat.


Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap sebagus mana pun kerajaan tersebut, jika kerajaan tersebut dibentuk melalui cara yang tidak sah, rakyat perlu sedar bahawa mereka sebenarnya sudah dikhianati.


"Cakaplah apa pun, Muhyiddin akan tetap dihambat oleh pandangan bahawa kerajaan ini tegak kerana rampasan kuasa.


"Di mana tempatnya untuk mendapat undi majoriti? Seharusnya di Parlimen. Ini ujian yang mesti dilepasi oleh Muhyiddin," katanya ketika sesi ceramah Kembalikan Mandat Rakyat sempena ulang tahun kedua kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU-14.


Saifuddin turut menjelaskan, mandat rakyat seharusnya dikembalikan, supaya amalan demokrasi berperlembagaan negara selama ini akan terus dipertahankan.


"Kita sedang susun semula kekuatan, bersama dengan rakan-rakan dari pecahan Bersatu.


"Insya-Allah, PH akan mampu beri saingan yang kuat. Saya optimis ia soal masa sahaja sebelum mendapatkan mandat sesuai dengan yang dibuat oleh rakyat," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page