top of page

Jangan kritik isu tanah adat, Sarawak perlu sedia peruntukan ukur tanah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

Tindakan beberapa ADUN Kerajaan Negeri Sarawak mengkritik isu pengukuran dan pengurniaan geran tanah adat sebagaimana dibangkitkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, dengan cara memesongkan fakta memberi gambaran seolah olah Kerajaan Persekutuan tidak membantu memberi peruntukan menyukat tanah amatlah dikesalkan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kapit, Khusyairy Pangkas (gambar), kenyataan yang dikeluarkan ahli politik Sarawak dalam beberapa hari ini begitu mengelirukan rakyat, dan dicipta seolah olah untuk dijadikan propaganda pilihanraya.


"Pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan di Sarawak sepatutnya peka dengan dasar kerajaan pusat selama ini berkaitan memperkukuh hak tanah adat. Sebab itu Kerajaan Persekutuan komited dan prihatin menyalurkan dana (ukur tanah) sejak tahun 2010 (diberi) sejumlah RM282 juta kepada kerajaan Sarawak.


"Malah dalam Rancangan Malaysia ke-12, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM100 juta, dan daripada amaun itu sebanyak RM66.67 juta telah pun disalurkan ke Sarawak, manakala RM15 juta akan disalurkan pada tahun 2025. Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan dana dari kerajaan pusat.


"Menyalahkan kerajaan pusat berkaitan dana untuk program pengukuran tanah adat sangat tidak adil, sedangkan perkara berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak (sendiri)," katanya dalam satu kenyataan.


Khusyairy sebaliknya berkata, Kerajaan Negeri seharusnya menyediakan peruntukan untuk mengukur tanah dan tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Persekutuan kerana tanah di bawah bidang kuasa negeri, dan ahli politik pro Kerajaan Negeri juga pernah mengkritik peranan Persekutuan dalam hal berkenaan.


"Saya mencadangkan kerajaan Sarawak bersikap serius dan inklusif dalam semua aspek pembangunan di Sarawak termasuk pembangunan tanah adat. Saya berpandangan pengukuran tanah adat adalah dikategorikan sebagai aspek pembangunan supaya pentadbiran tanah adat lebih inklusif.


"Oleh itu dalam setiap pembentangan Belanjawan Sarawak, peruntukan khusus untuk perihal pembangunan tanah adat harus dibentangkan di Dewan Undangan Sarawak. Dalam Belanjawan Sarawak 2025 yang menyaksikan sejumlah RM15.8 bilion, perihal tanah adat (malangnya) tidak diambilkira," ujarnya.


Sehubungan itu, Khusyairy bersetuju dengan cadangan Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit agar Kerajaan Negeri menggunakan sebahagian daripada rizab Sarawak untuk program menyukat tanah adat.


Katanya, berdasarkan laporan Borneo Network pada 2023, Kerajaan Sarawak mempunyai rizab mencecah RM40 bilion dan tentu boleh digunakan untuk peruntukan mengukur tanah.


Selain itu, beliau berharap masyarakat Dayak selepas ini lebih vokal bersuara mengenai hak tanah adat mereka dan menggesa Kerajaan Negeri mempercepat urusan pengukuran dan serahan hak milik.


"Saya mengalu alukan masyarakat Dayak khususnya dan bumiputera amnya, serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) milik bumiputera supaya bersuara dan menyampaikan cadangan menggesa Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana khusus untuk menampung dana yang disalurkan oleh kerajaan pusat," kata Khusyairy lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page