top of page

Jangan kerana mahu berdagang, kita perjudikan nyawa pekerja


Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa kerajaan supaya tidak lagi membenarkan sebarang campur tangan terhadap kebenaran untuk kilang beroperasi.


Beliau menyifatkan, campur tangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang membenarkan kilang beroperasi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 meragut nyawa ramai pekerja.


"Dalam pandemik ini, jabatan yang mengelepai isu keselamatan dan kesihatan pekerja adalah Kementerian Sumber Manusia, tapi kenapa pihak MITI campur tangan setiap kilang yang beroperasi sedangkan itu adalah tugas jabatan khusus bawah Kementerian Sumber Manusia.


"Ini mengundang perkara drastik, mengundang kematian. Saya nak tegaskan, jangan ada disebabkan kita nak berdagang, kita perjudikan nyawa pekerja," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Malah, katanya, disebabkan industri perkilangan beroperasi secara berleluasa, maka kematian tidak dapat dielakkan.


"Covid-19 meningkat ribuan puluhan ribu, ia berlaku dan dipanggil kluster kilang, ini tanggungjawab sepenuhnya kementerian dan DOSH yang tidak boleh dikompromi.


"Ini perkara yang amat menyedihkan, peranan yang dipertanggungjawab kepada jabatan, pastikan ia berfungsi dan tidak mengizinkan walaupun dicadangkan menteri kanan ke, menteri kiri ke, nyawa pekerja tidak boleh dikompromikan.


"Pindaan rang undang-undang ini begitu dikehendaki. Pandemik mengajar kita erti tanggungjawab, kemanusiaan dan menghargai nyawa orang.


Ini satu kekuatan yang ada dalam pindaan, saya percaya menteri setuju dengan saya, kerana ia kepentingan pekerja yang tidak boleh dikompromi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page