top of page

Jangan kerana bangsa, pemimpin curi berbilion pun tidak apa - Anwar



Pemenjaraan ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak seharusnya menyedarkan rakyat bahawa politik tidak boleh diasaskan kepada membela kaum atau agama.


Katanya, selama ini rakyat khususnya orang Melayu seolah olah diperdaya, tidak mengapa pemimpin rasuah asalkan menjaga Melayu.


"Jangan bodohkan rakyat (jaga Melayu). Atas nama Umno pemimpin curi bilion pun tak apa, hidup Melayu. Itu bangang jawabnya


"Tak kan tak tahu (curi duit). Satu dunia tahu. (Najib) Ambil duit RM42 juta masuk akaun sendiri. Mana boleh.


"Kalau dia sebagai individu tak apa tetapi pemimpin. Kalau biarkan selamanyalah negara jadi macam ni. Hang buatlah apa pun, curi banyak mana pun, kami tetap sokong sebab kami mentekedarah RM100, RM200 yang hang bagi.


"Yang hang ambil bilion ringgit," katanya dalam program ceramah santai petang di Sungai Petani, Kedah, semalam.


Anwar turun pentas untuk meyakinkan rakyat perlunya perubahan pada PRU 15

Dalam ceramah merakyat itu, Pengerusi Pakatan Harapan tersebut membangkitkan perangai pemimpin Melayu Umno BN yang melaungkan hidup Melayu tetapi mereka tidak membela petani, nelayan atau penoreh getah Melayu.


Katanya, rumah masing masing megah di Kuala Lumpur, malah ada harta di luar negara di kota London, di Amerika Syarikat.


Apabila diminta siasat, kata Anwar, PM Datuk Seri Ismail Sabri gagal arahkan siasatan. Beliau merujuk dokumen pendedahan Pandora Papers bahawa pemimpin Umno menyimpan wang beratus juta ringgit di luar negara.


"Lembaga Hasil Dalam Negeri yang kutip banyak banyak, ni yang bawa pelari hang kutip la. Kutip yang bawah saja pasal apa? Polis bahagian jenayah komersial, Bank Negara tak siasat. SPRM siasatlah.


"Tanya Ismail dia kata Ya... akan siasat. Orang Kedah kata, Ya tak daq titik.


"Ya kalau tak ada titik maknanya hang tak buat apa. Ini la nasib kita," katanya.


Kepada Menteri dari Pas dan Bersatu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu bertanya bilakah mereka akan bersuara untuk menekan PM menyiasat isu pengaliran wang haram keluar jika mereka benar benar membela bangsa dan agama


"Ada dengar pemimpin Umno minta siasat Pandora Papers, ada dengar pemimpin Pas minta siasat? Ada dengar pemimpin Bersatu minta siasat?


"Kamu pergi ke kampung, cakap tegakkan keadilan, tegakkan syariat. Pasai apa dalam rompakan kamu diam, semata mata kerana kedudukan," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page