top of page

Jangan kenakan paksaan kepada golongan anti vaksin - Anwar



Golongan antivaksin tidak sewajarnya dipaksa untuk mengambil vaksin Covid 19.


Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang ingin mengambil pendekatan 'paksaan' terhadap rakyat yang enggan menerima vaksin.


"Kumpulan anti vaksin ini saya tidak sokong. Tetapi, kadang-kadang hujah mereka ini ada kuat juga. Jadi, kita jawab dengan hujah, dia bagi kertas saintifik, kita bawa hujah saintifik yang lebih kuat untuk mematahkan hujah dia.


"Janganlah fikir nak hukum dan ugut. Ini cara sombong dan kita tidak boleh terima," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sangat tidak bersetuju dengan cadangan ingin menyusahkan kehidupan golongan yang masih tidak menerima vaksin.


"Kita kena mendekati mereka. Selesaikan dulu yang mahu terima vaksin. Yang sedikit itu kita harus dekati mereka dan cuba memberi penerangan.


"Tapi, mengikut undang-undang tidak mengatakan mereka salah.Jadi, macam mana kita membuat tekanan dalam keadaan mengundang dia tidak salah, itu satu.


"Keduanya, bila kata pendekatan ini kita merayu, memujuk memberi penjelasan, memberi penerangan dan memberi jawapan," katanya ketika merasmikan Wisma SP Care di Antara Gapi, Hulu Selangor


Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui.


Pengasasnya, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata bahawa sehingga kini telah membantu memberi bakul makanan kepada lebih 3,000 keluarga di kawasan Hulu Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page