Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian - Fahmi tegur pengguna Facebook
- Suara Keadilan

- Dec 30, 2025
- 1 min read

Seorang pengguna media sosial dinasihatkan agar tidak menjadikan fitnah sebagai budaya harian terutama di platform media sosial.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil membuat teguran tersebut kepada pemilik laman Facebook menggunakan nama Syafinas Abu Bakar susulan satu hantaran menggunakan keratan berita palsu mengaitkan dirinya membuat kenyataan TikTok Malaysia akan ditutup kerana merugikan negara.
"Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi satu hantaran di laman sosialnya.

Terdahulu, individu berkenaan memuat naik satu kenyataan mendakwa keadaan semasa memberi kesan kepada penjual sehingga terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengekalkan margin keuntungan, sambil menyifatkan situasi itu sebagai ‘silent killer’.
Hantaran itu turut mendapat perhatian Media Prima yang menegaskan hantaran itu adalah palsu dan direka serta disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Mereka turut menegaskan, tangkap layar itu adalah fitnah dan bukan daripada saluran rasmi mereka dan telah memfailkan laporan polis berkaitan perkara tersebut.









Comments