top of page

Jangan jadikan bahasa Tamil isu politik, kesetiaan kepada negara



Oleh: Abdullah Zaid


Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan kaum India terhadap negara hanya disebabkan masih bertutur dalam bahasa Tamil tidak wajar sama sekali.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, dalam konteks bahasa ia tidak seharusnya dijadikan mainan politik memandangkan bahasa ibunda seperti Iban dan Kadazan masih meluas digunakan dalam kalangan Bumiputera.


Bahkan, kata Onn, kepelbagaian bahasa dan budaya adalah faktor menguatkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.


"Mahathir tidak wajar mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina kepada negara ini hanya kerana mereka masih bertutur dalam bahasa ibunda.


"Beliau sepatutnya harus tahu budaya dan bahasa terutama masyarakat lain seperti Sabah dan Sarawak juga masing mengekalkan adat mereka.


"Jadi kenyataan sebegini, sudah tentu boleh memecah belahkan perpaduan kaum yang sudah terjalin lama," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Justeru, sebagai negarawan, Onn mengingatkan bekas Perdana Menteri dua kali itu untuk menginsafi perbuatannya yang jelas merendah-rendahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.


"Sebagai bekas Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya menggunakan kenyataan yang berbaur perkauman sempit sehingga boleh memecahkan (keharmonian) kaum.


"Sebaliknya, beliau harus menggunakan kapasiti yang ada untuk menjadi pendamai yang boleh membina semangat kebersamaan antara masyarakat dan agama di Malaysia," ujarnya lagi.


Terdahulu, Dr Mahathir dalam satu sesi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV yang berpangkalan di India, Thanti TV dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.


Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, sebaliknya masih bercakap Tamil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page