top of page

Jangan heret Kerajaan Perpaduan dalam konflik MIC - Ketua Cabang Jerai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read
ree

Konflik dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) - MIC dan hubungan mereka dengan UMNO tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.


Ketua Cabang KEADILAN Jerai, S Poobalan dipetik laporan media berkata sejak kebelakangan ini, MIC dilihat semakin 'selesa menuding jari' terhadap Kerajaan Perpaduan kononnya tidak menjaga dan membela nasib masyarakat India di negara ini.


"Kami hormati perkongsian kuasa yang diwujudkan untuk membentuk kerajaan perpaduan untuk menjamin harapan rakyat semua kaum demi kestabilan politik.


"Namun, masalah dalaman parti adalah urusan masing-masing. Jangan cuba mengheret Kerajaan MADANI dalam percaturan politik peribadi antara anda (MIC) dan UMNO.


"Rakyat, khususnya masyarakat India tidak boleh menjadi mangsa permainan politik seperti ini," katanya.


Sementara itu tegasnya, pendekatan Kerajaan MADANI sejak awal memerintah adalah jelas memberi fokus kepada penyelesaian masalah rakyat tanpa mengira kaum.


Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk pembiayaan perniagaan mikro melalui TEKUN menerusi peruntukan RM100 juta bagi membantu komuniti India.


"Adakah MIC mahu menafikan bantuan kewangan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Universiti AIMST dan Kolej Tafe?


"Banyak lagi inisiatif diusahakan termasuk Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (RM100 juta), PENN (Prosperity Empowerment and A New Normal, dibawah Amanah Ikhtiar Malaysia, RM100 juta), Program Pembiayaan Vanigham di bawah Bank Rakyat (RM50juta), Bantuan Geran I- BAP melalui SME Corp (RM6 juta dan baru - baru ini telah disyorkan ditambah RM10 juta), bantuan geran untuk Koperasi Komuniti India, skim latihan untuk usahawan komuniti India dibawah Program Empowering Indian Entrepreneur (EIP), Program jelajah Vanakam MADANI untuk memperkasakan sistem penyampaian dan Penerangan dan bantuan untuk Rumah ibadat dan Sekolah Tamil.


"Terima kasih kepada Datuk Seri R Ramanan yang mengusahakan segala inisiatif ini di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page