top of page

Jangan hanya siasat kes berhimpun, siasat kes rasuah, salah guna kuasa - Adam Adli

Updated: Jul 5, 2022



Himpunan solidariti ke atas rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang pada Sabtu lalu membawa 6 orang aktivis anak muda KEADILAN diambil keterangan di IPD Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, petang tadi.


Antara yang dipanggil memberi keterangan hari ini adalah Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang baharu, Adam Adli.


Bagi Adam pihak polis seharusnya menghentikan siasatan ke atas peserta himpunan aman yang dibenarkan di bawah undang undang negara, sebaliknya lebih baik menumpukan tenaga untuk menyiasat kes yang lebih besar seperti penyelewengan tokoh politik yang berkuasa.


"Kami dipanggil rentetan himpunan pemuda pada 2 Julai. Sedangkan kita tahu ini adalah hak kita untuk berhimpun. Kita gesa supaya tindakan sebegini tidak diteruskan.


"Kita harap jangan hanya siasat kes atau orang berhimpun tetapi siasatlah kes orang salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya. Itu lebih baik dan bermanfaat," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Mahasiswa KEADILAN yang juga salah seorang sekretariat perhimpunan, Syamil Luthfi pula berkata perhimpunan tersebut hanyalah tanda solidariti kepada rakyat yang teruk terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, bukannya melakukan kesalahan menentang kerajaan.


"Perhimpunan bukan untuk melawan kerajaan. Kita berhasrat memberi solidariti kepada rakyat yang terkesan akibat dibebani kenaikan harga barang tanpa dasar yang jelas oleh pihak kerajaan. Oleh itu mahasiswa menjadi suara kepada rakyat atau masyarakat di luar sana.


"Kami mengalu alukan rakyat Malaysia yang mahu bersolidariti menunjukkan simpati. Kerajaan pula perlu ambil peluang ini untuk mengawal harga barang dan memastikan bebanan tidak diteruskan kepada rakyat," katanya.


Timbalan Ketua AMK Malaysia, Kamil Munim

Manakala peguam kepada 6 aktivis yang memberi keterangan itu, Timbalan Ketua AMK Malaysia yang baharu, Kamil Munim berkata, keterangan diambil oleh pihak polis di bawah Akta Perhimpunan Aman dan proses memberi keterangan berjalan lancar


"Proses mengambil keterangan berjalan dengan baik dan kes dibuka di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman. Setiap mereka berikan kerjasama yang baik dan proses ambil keterangan dalam 45 minit


"Tidak ada barang kes diserahkan kepada polis. Yang hadir pada hari ini adalah semuanya anggota KEADILAN," katanya.


Pada 2 Julai lalu, anak muda dan mahasiswa menganjurkan himpunan yang mengumpulkan pemimpin pemimpin mahasiswa dan pemuda di Pasar Seni, berucap mengecam kenaikan harga barang melampau. Mereka mendesak kerajaan segera mengawal harga barang seberapa segera yang boleh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page