top of page

Jangan guna isu kalimah Allah untuk laba politik - PM



Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan isu kalimah Allah sebagai bahan politik untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu itu sudah dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada bulan ini untuk diperkemaskan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada bulan Oktober nanti.


Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI, katanya, turut telah menzahirkan perkara itu kepada beliau baru-baru ini.

"Isu kalimah Allah ini kita bawa ke Majlis Raja-Raja, dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda, jangan jadikan isu kalimah Allah sebagai isu politk, kerana raja-raja akan memperkemaskan atas cadangan kerajaan Persekutuan.


"Apa Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? masih guna isu kalimah Allah, mereka ini soal lawan raja terus terang," katanya dipetik sewaktu berucap pada Ceramah Perpaduan PMX@Paroi di Taman Tuanku Jaafar, malam tadi.


Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam satu ceramah di Kapar, Klang, Selangor pada Ahad lalu sekali lagi memainkan sentimen 3R apabila membangkitkan isu kalimah Allah.


Muhyiddin mendakwa tindak tanduk kerajaan dalam isu tersebut menjelaskan ia diterajui oleh bukan Islam.


Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Muhyiddin sebagai tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja.


Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu juga didakwa tidak menghiraukan larangan pihak berkuasa supaya semua ahli politik tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page