Jangan guna alasan Covid 19 hindar pembangkang jumpa rakyat - Lim Guan Eng



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melarang calon bertemu rakyat.


Sambil memuji hadirin dalam majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Johor yang mematuhi SOP dan tidak ada masalah berhimpun di musim pandemik, beliau sebaliknya berkata pemimpin kerajaanlah yang terbukti tidak mempedulikan SOP.


"Hari ini kita menyaksikan satu program, semua yang hadir ikut SOP . Tetapi ada pihak tidak ikut. Dia buat sewenang wenangnya (pelancaran jentera BN). Mereka di kenakan denda.


"Mereka ini didenda RM1,000, RM10,000 atau RM100,000 tak ada kesan. Yang peling kita lihat yang melanggar SOP adalah yang membuat SOP. Timbul satu pertanyaan, adakah mereka serius melawan Covid?


"Kalau Covid 19 begitu serius dan mereka boleh langgar (bermakna tidak serius), kenapa tak boleh adakan ceramah dalam PRN Johor? Itu kita nak tahu.


"Kita harap mesti adil kepada semua. Jangan gunakan alasan Covid 19 untuk hindar pembangkag jumpa rakyat," katanya.


Selain itu, Guan Eng juga memberi ingatan bahawa pelbagai futnah akan ditabur sepanjang kempen pilihan raya oleh pihak lawan terutama BN.


Beliau berkata, antara fitnah yang terkena kepada dirinya ialah kononnya meluluskan pinjaman kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong, sedangkan ketika itu Pakatan Harapan masih pembangkang.


"Pinjaman Genting dibuat oleh Lim Guan Eng. Dia jadi Menteri Kewangan. Tetapi mereka lupa pinjaman diluluskan pada 2012. Siapa Menteri Kewangan masa itu?" tanyanya.



Sementara itu, Presiden Muda, Syed Sadiq Abdul Rahman pula mengajak rakyat Johor menyekat keserakahan Umno BN dalam mencatur politik Malaysia seolah olah rakyat adalah bidak catur tanpa maruah yang boleh diperkotak katikkan.


"Mesejnya jelas, lawan Muda tidak lain tidak bukan Umno BN. Jangan biarkan politik keangkuhan ini berterusan.


"Jika di Johor, jika mereka menang, satu demi satu lagi negeri Perak, Kedah (akan adakan PRN). Ini mesti dihentikan.


"Muda, PH dan rakan rakan lain perlu cari kata sepakat. Ini tanggungjawab bersama, bersatu untuk mempertahankan rakyat Johor," katanya.


Tegas beliau, tidak ada kestabilan boleh diperolehi dengan cara permainan politik Umno BN yang menikam kawan dari belakang dan menindas lawan politik sesuka hati.


"Umno BN tidak habis habis mengatakan mereka membawa kestabilan. Ini penipuan terbesar. Mereka adalah watak utama dalam gerakan Sheraton, lepas angkat Muhyiddin Yassin mereka pula tikam, jatuhkan Muhyiddin dan angkat PM mereka sendiri.


"Hari ini lagi sekali mereka menyebabkan masalah lebih besar, bukan sahaja di Johor tetapi negeri lain. PRN kali ini bukan berkenaan PH, Muda atau PN pun. PRN ini adalah menentukan kebangkitan rakyat.


"Johor patut dijadikan titik penentu permulaan kebangkitan rakyat melawan kebobrokkan Umno BN," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER