top of page

Jangan guna alasan agama pertahan rasuah, penyelewengan - Anwar



Perkembangan siasatan ke atas akaun parti politik yang dibekukan ketika ini agak membimbangkan apabila parti pembangkang cenderung menaikkan emosi para penyokong mereka dengan alasan agama mempertahankan parti daripada disiasat oleh pihak berkuasa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tekad Kerajaan Perpaduan dalam pemerintahan mereka sejak Pilihan Raya Umum ke 15 lalu adalah untuk menyempurnakan tadbir urus dan tatakelola yang baik.


Sehubungan itu, katanya, sebarang isu penyelewengan oleh kerajaan terdahulu perlulah disiasat secara sempurna dan saksama.


"Kerajaan Perpaduan tekadnya sangat jelas, hentikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kita mahu langkah ini berkesan.


"Ini untuk menyelamatkan negara kita, merentas parti, kaum dan wilayah.


"Negara ini di ambang kerosakan kerana ketelanjuran dan rasuah sudah menjadi sebahagian daripada sistem yang tidak mudah dirungkai


"Setelah beberapa bulan dalam kerajaan saya yakin masalah ini rumit dan sukar dirungkai. Pemimpin politik janganlah guna alasan agama, kaum untuk mempertikai tindakan membanteras rasuah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang ini.


Presiden KEADILAN itu mengimbau kembali apabila akaun parti UMNO dibekukan maka Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Mahiaddin Yassin dengan tegas mempertahankan pihak berkuasa.


Oleh itu, katanya pada waktu akaun Bersatu dibekukan tidak wajar Mahiaddin sebagai presiden parti bersikap sebaliknya.


"Semasa akaun parti UMNO dibeku Tan Sri Mahiaddin memberi sokongan yang kuat mempertahankan tugas profesionalisme SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Sekarang pembekuan itu berlaku ke atas Bersatu, jumlahnya besar dan dikaitkan dengan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau.


"Sepatutnya mereka bersiap untuk memberikan penjelasan di mana yang perlu dan jangan ganggu badan penguatkuasaan sama ada PDRM atau LHDN atau SPRM. Kemudian sekiranya ada pendakwaan biar badan kehakiman bertindak secara bebas," katanya.


Justeru, Ahli Parlimen Tambun itu tidak mahu parti parti politik mengalihkan isu siasatan yang sedang berjalan dengan memesongkannya kepada isu agama yang remeh temeh


"Saya buat seruan ini kerana saya lihat kadang digunakan alasan agama yang remeh.


"Mana mungkin agama diguna untuk mempertahankan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Apalagi Islam yang tegas menolak penyalahgunaan kuasa dan fasad dalam sistem yang berpunca daripada rasuah dalam negara kita.


"Berilah ruang kepada badan penguatkuasa bertindak tegas. Kalau bersih tidak rasuah usah rasa takut. Semua (pembangkang) uar uar 'kita parti bersih' sepatutnya sokong. Bagaimana nak bersih jika tidak beri penguatkuasa menyempurnakan tugas mereka," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page