top of page

Jangan campuri urusan agama Islam: PM sokong kenyataan Sultan Selangor



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa bukan Islam tidak perlu mencampuri urusan agama Islam.


Titah tersebut dikeluarkan Sultan Selangor yang juga Pengerusi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) respons kepada cadangan Ahli Parlimen Bruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.


"Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut," katanya dalam kenyataan.


PM mencadangkan mana mana pemimpin bukan Islam yang mempunyai sebarang kemusykilan terhadap gerak kerja Jawatankuasa Khas yang dilantik itu agar menulis surat terus kepada MKI untuk mendapat jawapan dan tidak menggunakan saluran media massa yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.


"Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab," katanya lagi.


Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.


Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office pada Jumaat, Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.


MKI juga, titah baginda, dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page