top of page

Jangan cabul hak pengundi 18 tahun - AMK



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim baru-baru ini bahawa penguatkuasaan membenarkan rakyat berumur 18 tahun mengundi mulai Julai ini tidak dapat diteruskan mengecewakan banyak pihak.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Jestin Raj Savarimuthu, kenyataan Rais itu boleh dianggap mencabul hak pengundi 18 tahun kerana Dewan Rakyat sudah pun meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019, sejak sekian lama.


Jestin Raj Savarimuthu

Katanya, kelulusan pindaan terhadap Undi 18 tahun adalah satu kejayaan bi-partisan kerana belum pernah ada pindaan Perlembagaan yang mendapat sokongan sebulat suara, pemerintah dan pembangkang.


"Pindaan ini membuka peluang kepada anak muda untuk terlibat secara langsung dalam menentukan dasar pembangunan negara serta merancakkan demokrasi negara.


"Keputusan ini pada saya mencabul hak pengundi 18 tahun akibat kemelut politik yang sedang melanda negara. Anak muda harus diasah dan diberi kesedaran awal berkenaan politik agar mereka tidak mudah dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu.


"Ibubapa dan para pendidik harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda bagi bersiap siaga menjadi pelapis negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ketua AMK Cabang Kota Raja itu lagi, berdasarkan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat, seramai 7.8 juta pengundi baharu dijangka akan dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih secara automatik sehingga tahun 2023.


Pelaksanaan ini memerlukan perancangan komprehensif yang menuntut komitmen pelbagai agensi kerajaan, swasta, parti politik dan badan bukan kerajaan, selain tanggungjawab khusus Suruhan Pilihan Raya (SPR) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Oleh itu selepas persiapan sekian lama, kata Jestin, tidak wajar pelaksanaan Undi 18 tahun ditangguhkan lagi.


"Jika kita lihat di rantau Asia, Malaysia antara beberapa negara terakhir yang menurunkan had umur mengundi kepada rakyat. Ini merupakan satu pembaharuan besar dalam konteks sejarah negara.


"Antara negara yang lebih awal memberikan hak mengundi kepada anak muda adalah Amerika Syarikat, Jerman, Argentina, Brazil dan jiran serumpun kita Indonesia.


"Namun khabar angin yang menyatakan penurunan had umur mengundi ini telah dilakukan secara tergesa-gesa dan bermotifkan politik adalah tidak masuk akal.


"Boleh kita lihat di era digitalisasi ramai anak muda yang telah mula membicarakan tentang hala tuju negara, antaranya kumpulan mahasiswa dan pelajar sekolah menengah. Mereka ini memperoleh maklumat dihujung jari dengan kadar masa yang cukup singkat. Kerajaan harus menunjukkan keberanian dalam melakukan perubahan (membenarkan undi 18 tahun)," katanya lagi.


Sehubungan itu, Jestin mendesak kerajaan Perikatan Nasional tidak berdolak dalik mengenai penguatkuasaan pengundi 18 tahun dalam waktu terdekat.


Lebih-lebih lagi negara akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun ini dan kemungkinan Pilihan Raya Umum juga pada tahun yang sama.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page