'Jangan biarkan negara ditimpa 3 tragedi rasuah, jangan biar BN kembali selepas PRU 15'



Rakyat perlu sedar negara telah menghadapi 2 tragedi besar iaitu perbicaraan rasuah pemimpin Umno dan kejayaan Umno mendidik penyokongnya agar tidak memandang rasuah sebagai jenayah.


Oleh itu, menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen rakyat harus memastikan Umno tidak lagi mampu mendapat sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 agar tragedi ke 3 tidak berlaku.


"Saya nak sentuh 3 tragedi rasuah. 2 telah berlaku dan saya merayu kepada rakyat Malaysia jangan membenarkan tragedi rasuah ketiga berlaku kepada kita


"Ini tentang Najib dan Rosmah yang telah dibicara dan bukti keterangan yang diberikan dalam perbicaraan amat jelas. Tidak ada siapa boleh berkata mereka keliru. (Jika begitu) maknanya mereka yang tidak terima hukuman. Mereka dalam (harapkan) satu zaman yang ada tangan ghaib tutup kes mereka.


"Nasib baik anda semua dalam PRU 14 lalu tukar kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH). Barulah Najib, Rosmah dan kluster mahkamah ditangkap, didakwa dan sekarang dihukum," katanya.


Wiliam yang juga seorang peguam turut membariskan keterangan di mahkamah mengenai bukti keterlibatan Najib. Iaitu keterangan pegawai kanan pembendaharaan menyatakan Najib sebagai Perdana Menteri memberi arahan untuk mempercepatkan proses permohonan SRC International meminjam RM2 bilion pada 2011 daripada KWAP dan juga pada tahun 2012, Najib sekali lagi meminta pegawai kanan itu mempercepatkan pinjaman RM2 bilion lagi kepada SRC.


Hal itu, katanya, adalah bukti yang jelas dari pegawai kanan yang tidak ada alasan untuk berbohong. Kemudian RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi Najib.


Bagi Rosmah pula, ujar William, untuk meluluskan RM1.25 bilion projek solar kepada sekolah daif luar bandar Sarawak, isteri Najib itu meminta RM187.5 juta.


"Tragedi pertama Najib curi wang pencen pegawai sektor awam. Bukan orang kaya, bukan syarikat besar tetapi pencen pegawai awam. Rosmah curi wang dari sekolah di luar bandar di negeri miskin, murid miskin. Ini perbuatan yang sungguh kejam. Kita rakyat yang membayar.


"Trgaedi rasuah kedua yang lebih besar pula ialah orang Umno tidak sedar ini adalah satu jenayah. Apa permintaan mereka? Tukar Ketua Hakim, tukar Peguam Negara. Bukan mereka tukar sikap, bukan mereka sedar melakukan kesalahan, gugurkan kluster mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat Umno ini bersih.


"Mereka masih melihat undang undang itu tidak terpakai kepada mereka. Bagaimana kita boleh membenarkan mereka kembali? Inilah tragedi rasuah yang kedua yang sedang berlaku.


"Sebab itu saya merayu jangan membenarkan tragedi rasuah ketiga pula berlaku. Iaitu mereka kembali menjadi kerajaan dan melepaskan kluster mahkamah. Ini akan berlaku kalau kita tidak keluar mengundi. Jangan berkata kita sia sia mengundi, pilih PH tetapi BN dan PN menjadi kerajaan. Kalau rakyat benarkan mereka menang, ini kesalahan kita semua," katanya.


Justeru, Bendahari Agung KEADILAN itu berharap pendengar ceramah dan penyokong PH sampaikan mesej kepada kawan dan jiran untuk keluar mengundi beramai ramai tolak BN-PN pada PRU ke 15.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER