top of page

'Jangan bermegah anjur rumah terbuka Aidilfitri, bukan duit kamu' - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak kementerian dan agensi-agensi kerajaan tidak bersaing dan bermegah-megah dengan acara rumah terbuka Aidilfiri tahun ini sebagai langkah penjimatan wang rakyat.


Sebagai langkah berjimat cermat, Perdana Menteri turut mengambil keputusan untuk mengekalkan pendekatan pada tahun lalu iaitu tidak mengadakan program rumah terbuka Aidilfitri di Komplek Seri Perdana, Putrajaya.


Sebaliknya beliau akan turun ke negeri-negeri untuk menyertai program terbuka yang akan dianjurkan oleh kementerian-kementerian.

"Janganlah bersaing siapa lebih megah... bukan duit kamu pun," beliau berkata ketika berucap pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.


Pada tahun lalu, buat julung-julung kali Perdana Menteri menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena sambutan Aidilfitri 2023 yang diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Perdana Menteri tidak mengadakan program rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana tahun lalu.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat dan mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.


Dalam pada itu, Anwar berkata keputusan kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup yang diakui sedikit meningkat ketika ini selain memenuhi keperluan untuk menyambut Syawal.


"Malam (Ahad) saya fikir (mengenai BKK itu) dan nak tidur pun terganggu. Jadi saya fikir bagi jelah sikit kurang-kurang reda sikit (beban) dan kerja pun semangat. Harap kita belanja dengan cermat dan berhemat," katanya.


Anwar mengakui bayaran insentif sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam yang disalurkan pada Februari lalu tidak dapat menampung keperluan sedia ada.


"Saya telah jelajah ke Sarawak, Pahang, Perak dan Perlis, saya lihat masih ada penjawat awam di peringkat bawah mengeluh kerana kos sara hidup yang meningkat sedikit," katanya.


Semalam Perdana Menteri mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini selain bayaran RM250 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.


Anwar seterusnya menggesa semua agensi, badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan untuk mengumumkan bantuan sama kepada pekerja mereka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page