top of page

Jangan beri peluang BN bermaharaja lela, pengundi Johor lebih matang - Shamsul



Rakyat Johor yang dilihat lebih matang berpolitik berbanding dua negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti Melaka dan Sarawak sebelum ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, rakyat Johor seharusnya keluar mengundi beramai ramai pada PRN kali ini bagi mengelakkan Umno - BN menang 2/3 kerusi DUN sebagaimana di Melaka November tahun lalu.


"Saya percaya PRN Melaka beri pengajaran pada rakyat, kalau mereka tidak keluar mengundi dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan, maka kita akan lihat BN akan terus menguasai.


"Saya percaya ada dinamiknya tersendiri di Johor, kerana di Johor mereka (pengundi) matang dalam politik dan telah menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum lepas.


"Saya harap rakyat Johor boleh melihat isu ini akan dan berikan sokongan kepada KEADILAN dan PH," katanya.


Mengenai pendapat penganalisis politik bahawa BN sengaja memilih untuk mengadakan PRN selepas Tahun Baharu Cina agar pengundi teras PH itu tidak pulang kali kedua ke kampung untuk mengundi, Shamsul tidak menolak pendapat sedemikian.


Katanya, BN kali ini terdesak untuk menang banyak DUN dan tidak mustahil mereka melakukan apa pun strategi demi mengunguli percaturan kuasa.


"Mungkin juga, kita tahu Tahun Baharu Cina 1 Februari dan kebanyakan pengundi Cina mereka akan balik kampung. Sudah pasti untuk balik sekali lagi akan menyukarkan.


"Saya percaya PRN akan berlaku hujung bulan Februari dan itu mungkin strategi yang mereka gunakan untuk memastikan tidak ramai akan keluar mengundi seperti di Melaka," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page