top of page

Jangan beri jangkaan, Rina perlu tetapkan bila mahu bentang RUU Anti Gangguan Seksual



Jangkaan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun bahawa Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual akan dibentang pada tahun ini tidak boleh diterima.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, ini bukanlah kali pertama Menteri KPWKM itu memberi tempoh jangkaan pembentangan RUU.


Sebaliknya, kata beliau, rakyat telah muak menunggu dan pelbagai kes melibatkan gangguan seksual telah pun berlaku ke atas kaum wanita.


"Ini bukanlah kali pertama Rina memberikan jangkaan untuk pembentangan RUU tersebut memandangkan sebelum ini, telah beberapa kali kenyataan beliau membawa konotasi dan nada yang sama tetapi sehingga kini masih gagal dibentangkan.

"Saya menggesa Rina segera menetapkan garis masa yang tepat dan bukan sekadar jangkaan ketidakpastian yang memperlihatkan Rina tidak bersungguh-sungguh membawa agenda ini dengan segera," katanya.


Menurut Fadhlina lagi, Rina juga seharusnya melaksanakan lebih banyak konsultasi awam dan melaksanakan konsultasi bi-partisan merentas semua parti politik bagi memastikan agenda dan pembentangan RUU tersebut difahami dalam konteks dan halatujunya bagi memudahkan ia diluluskan kelak.


"Dalam masa yang sama program-program advokasi, pendidikan awam dan literasi undang-undang terkait dengan jenayah gangguan seksual mesti juga diperhebatkan dan diberikan tumpuan, agar proses kefahaman rakyat bergerak seiring dengan undang-undang yang akan dilaksanakan kelak," katanya lagi.


Namun tanpa satu pun yang dilihat bergerak, ujar Fadhlina lagi, KPWKM dilihat rakyat amat lembab dalam menggerakkan pembelaan terhadap kaum wanita yang sesetengahnya diganasi sepanjang beberapa bulan lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page