top of page

Jangan bergantung royalti, Terengganu perlu progresif jana ekonomi



Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai Pas seharusnya melakukan anjakan paradigma bagi menjana ekonomi negeri itu.


KEADILAN Cabang Kemaman berkata, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya hanya bergantung kepada pembayaran dana khas kerajaan pusat yang diperolehi dari royalti petroleum untuk menampung perbelanjaan negeri.


"Merujuk kepada dokumen belanjawan kerajaan Terengganu 2023 jumlah dana khas ini mewakili hampir 95% anggaran hasil iaitu sebanyak RM1.609 bilion berbanding hasil cukai RM65.17 juta dan hasil bukan cukai sebanyak RM135.59 juta


"Data ini jelas menunjukkan kebergantungan tinggi kerajaan Terengganu terhadap dana khas untuk mengurus dan membangunkan ekonomi negeri," kata Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob dalam satu kenyataan.

Ahmad Nadhir Yob

Hal itu akan lebih buruk, kata beliau apabila keputusan kerajaan pusat melalui Belanjawan 2023 yang menyatakan bantuan wang ehsan akan disalurkan terus kepada rakyat Terengganu.


Hal itu menjadi tanda tanya adakah dana khas berkenaan akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan?


"(Oleh itu) model ekonomi kerajaan Terengganu yang terlalu bergantung kepada terimaan bukan hasil seperti dana khas ini dilihat sudah tidak relevan lagi.


"Kerajaan Negeri seharusnya mesti meneroka model ekonomi baru bagi menggantikan terimaan bukan hasil.


"Sudah banyak desakan dan saranan sebenarnya yang telah diajukan, namun begitu dipandang sepi oleh pimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui Pas," katanya.


Justeru Nadhir mencadangkan agar pentadbiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar meneliti gesaan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli yang sebelum ini menyarankan agar bidang artificial inteligence (AI) dalam sektor pertanian, pelancongan dan juga industri berteknologi tinggi diteroka bagi menjana pendapatan.


"Kerajaan Negeri harus proaktif dalam menarik pelaburan berimpak tinggi datang melabur ke Terengganu.


"Terengganu kurang mempunyai tapak-tapak industri yang boleh dibangunkan untuk menjana ekonomi negeri,seharusnya kerajaan melalui unit perancang ekonomi negeri (UPEN) menyediakan perancangan yang menyeluruh dalam membentuk ekosistem ekonomi yang mesra pelabur yang dapat menarik pelaburan berimpak tinggi ke negeri ini


"Jika perkara ini tidak diambil serius oleh Kerajaan Negeri maka prospek ekonomi Terengganu akan menjadi malap dan ini pasti menjejaskan kehidupan rakyat Terengganu yang mana masih ramai mereka dikategorikan sebagai miskin," tambahnya sambil menggesa pemimpin Kerajaan Negeri tidak hanya bersifat populis dan terkepung dengan ideologi sempit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page