top of page

Jangan bergantung kepada perunding asing buat buku RMK


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya tidak bergantung kepada perunding asing untuk membuat buku Rancangan Malaysia.


Beliau pada mulanya menempelak Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman yang menggesa Anwar menarik balik tuduhannya berhubung kos buku RMK-12.


"Saya difahamkan lima enam tahun lalu, kerajaan sudah belanja RM1.8 biliion, dengan lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku rancangan RMK12 dan seterusnya.


"Kita tidak menafikan staf unit perancang ekonomi dan pejawat awam yang menjalankan tugas serta menyempurnakan malah saya beri komentar positif kepada mereka.


"RMK-12 merangkumi banyak aspek termasuk kepentingan pekerja tapi bila Kuala Krai kata fitnah, ini masalahnya bila tak buat homework.


"Pada 12 Nov 2013, Yang Berhormat Kelana Jaya menyatakan soalan tentang syarikat perunding. Apa jawab menteri kewangan ketika itu? Pada 2009 kerajaan membelanjakan RM1.2 bilion untuk bayaran perunding, 2010 bayar RM1.6 bilion, 2011 bayar RM1.7, 2012 bayar RM1.8 juta dan 2013 hingga Oktober 2021 jumlah keseluruhan RM7.2 bilion maknanya dalam lima tahun 7.2 bilion yang telah dibelanjakan.


"Maknanya, sebulan kerajaan bayar kepada perunding luar RM125 juta dengan purata kalau satu hari sama dengan RM4 juta," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Tambahnya, menteri kewangan pada 1 April 2021 berkata, perunding tempatan bayarannya tidak boleh melebihi RM500,000 tetapi perunding asing boleh beri RM50 juta atau lebih.


"Ini pilihan kita, sama ada bantu perunding tempatan, universiti tempatan atau terus harapkan juruaudit asing.


"Jadi saya mendesak kerajaan, jangan hanya bergantung perunding asing kerana ada keupayaan menggunakan perunding tempatan, kepakaran universiti tempatan, serta penjawat awam yang berkemahiran," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page