top of page

Jangan benar Najib ikut dalam persidangan Parlimen dengan apa alasan sekali pun

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 6, 2022
  • 1 min read


Kontroversi berhubung kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bahawa Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak boleh hadir ke Parlimen sekiranya Jabatan Penjara Malaysia membenarkannya masih diperdebatkan sehingga kini.


Menurut Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Venissha Kennedy, keputusan Speaker tersebut amatlah tidak wajar memandangkan status Najib sebagai banduan yang telah hilang sebahagian hak sivil dibenarkan membahaskan serta meluluskan undang undang negara.


"Tindakan membenarkan banduan yang disabitkan dengan rasuah adalah tindakan yang boleh mencemarkan imej serta integeriti Parlimen.


"Parlimen harus menjadi dewan yang mulia untuk mempertahankan sistem kehakiman, proses undang-undang dan memelihara sistem Parlimen berdemokrasi.


"Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan yang terlibat secara langsung dalam skandal SRC, adakah banduan lain juga akan mendapat kebebasan seperti ini? Preseden seperti ini tidak baik untuk negara, ia akan

mencemarkan sistem kedaulatan undang-undang di mata dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, beliau membantah keras sebarang pertimbangan untuk membenarkan Najib kembali ke Parlimen biar pun telah ditolak oleh Jabatan Penjara sebelum ini dengan alasan faktor keselamatan.


Namun rayuan pihak peguam Najib kepada Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya membuka kembali peluang kepada bekas Perdana Menteri itu.


"Sebagai rakyat Malaysia saya membantah sekerasnya tindakan Speaker memberi seorang banduan laluan untuk mencemarkan Parlimen dan berharap Jabatan Penjara Malaysia tidak memberi hak keistimewaan kepada Najib Razak yang

membuat seluruh rakyat Malaysia merana atas skandal yang melibatkan berbilion ringgit wang rakyat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page