top of page

'Jangan anggap PRK tidak penting, keluar undi calon PH'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 28, 2023
  • 1 min read


Pilihan Raya Kecil (PRK) sama pentingnya dengan pilihanraya yang lebih besar, terutama apabila melibatkan masa hadapan penduduk di sesuatu kawasan melibatkan Kerajaan Negeri atau pusat.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen bakri Tan Hong Pin berkata amat perlu pengundi di Simpang Jeram untuk keluar beramai ramai mengundi pada 9 September ini bagi memenangkan calon Pakatan Harapan demi memastikan pembangunan yang dirancang Kerajaan Negeri dan pusat diteruskan.


"Bagi saya penting kali ini menangkan calon PH


"Kita lihat selalunya PRK penyokong rasa tak penting. Maka saya nak tekankan di sini PRK sama penting dengan pilihan raya umum.


"Penyokong kita mestilah keluar mengundi untuk memastikan legasi Datuk Seri Salahudin Ayub diteruskan," katanya.


Selain itu, beliau juga berkata, kemenangan di Simpang Jeram penting dalam misi melawan kemaraan gelombang hijau yang membawa politik perkauman.


Pengundi bangsa Johor, katanya, perlu memberi isyarat bahawa politik perkauman tidak diterima di negeri itu.


"Kemenangan memastikan budaya keharmonian bangsa Johor, cara politik kita bersopan dikekalkan, supaya jangan ada budaya tidak sihat dibawa masuk ke negeri Johor


"Jangan kita pandang ringan PKR ini. Setiap orang Melayu, Cina, India, penyokong PH minta keluar mengundi calon PH.


"Kalau tidak, penyokong tak keluar mengundi itu bahaya. Kalau semua keluar mengundi kita akan menang," katanya lagi.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page