top of page

Jangan anaktirikan peniaga pasar malam, benarkan mereka beroperasi


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menggesa kerajaan membenarkan peniaga pasar malam beroperasi sehingga 10 malam, sama seperti peniaga lain.


Beliau berkata, beliau menerima banyak aduan dan keluhan daripada para peniaga pasar malam kerana tidak dapat mencari pendapatan sedangkan peniaga lain masih boleh beroperasi.


"Mereka mengeluh, pasar tani boleh diadakan, kedai makan boleh beroperasi sampai 10 malam, tapi pasar malam masih tidak dibenarkan.


"Sepanjang 2020 sewaktu PKP 1.0 diikuti PKPB dan PKPP, ramai peniaga pasar malam sangat terkesan kerana tidak dapat berniaga. Pendapatan merudum. Peluang tidak banyak. Bantuan juga tidak mencukupi.


"Tahun ini, dengan PKP 2.0 yang belum tentu tamat 4 Februari, mereka merasakan nasib para peniaga pasar malam mungkin malang sekali lagi," katanya.


Justeru, Fahmi berkata beliau telah mengadakan sedikit perbincangan dengan beberapa persatuan, pengusaha dan peniaga pasar malam dan menyediakan empat cadangan kepada kerajaan dengan mengubah dasar tanpa melonggarkan SOP sedia ada.


"Saya risau nasib begitu ramai peniaga pasar malam akan lebih terjejas tanpa langkah proaktif kerajaan.


"Kerajaan mesti usahakan sesuatu sebelum mereka benar-benar ‘gulung tikar’," katanya.


Berikut merupakan 4 cadangan tersebut:


Dasar


Jika pasar pagi/tani dibenarkan, maka pasar malam juga patut dibenarkan.

Dalam isu ini, jika isunya adalah peniaga atau pengunjung yang terlalu ramai, SOP pasar malam sewaktu PKPB tahun lalu boleh digunakan. Kurangkan jumlah petak/tapak, hadkan laluan masuk.


Pengusaha pasar malam merasakan pasar malam dianaktiri “sebab pasar pagi boleh, peniaga tepi jalan pun boleh, tapi pasar malam masih tak boleh”.


Waktu operasi


Jika kerajaan berpandangan pasar malam akan mengakibatkan ramai orang berlegar di luar rumah hingga ke tengah malam, sebenarnya pengusaha pasar malam bersedia untuk ubah waktu operasi.


Sebagai contoh, jika biasanya pasar malam dari 5 petang ke 10 malam, ada pengusaha yang bersedia ubah pasar ke sebelah petang, contohnya dari jam 2 petang ke jam 7 malam.


Yang penting mereka ada peluang berniaga.


Bantuan


Saya melihat satu cara untuk membantu peniaga pasar malam yang memiliki lesen sah dan hilang pendapatan tambahan ialah dengan memasukkan peniaga pasar malam sebagai salah satu kategori di dalam Program Subsidi Upah 3.0.


Lesen peniaga pasar malam juga boleh diperbaharui secara otomatik, tanpa kos tambahan.


Teknologi


Jika kerajaan tidak bersedia membenarkan pasar malam beroperasi secara fizikal, setidak-tidaknya usahakan ‘pilot project’ e-pasar malam dengan bantuan apps seperti Foodpanda, Grab, Shopee dan sebagainya. Ini boleh dilakukan sama ada dengan mewujudkan konsep ‘central kitchen’ atau pertimbang semula idea e-bazar Ramadan tahun lalu dengan SOP yang ditambahbaik.


Beri insentif kepada peniaga dan pengusaha untuk cuba model perniagaan yang berbeza.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page