top of page

Jangan anak tirikan warga Politeknik, Kolej Komuniti, segerakan suntikan vaksin - PH


Warga Politeknik dan Kolej Komuniti kurang didengar suara mereka dalam menyuarakan gesaan agar disegerakan suntikan vaksin Covid 19.


Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan Pembangkang, warga kedua-dua institut pendidikan tersebut seharusnya diutamakan oleh kerajaan dalam pemberian vaksin dan hal-hal kebajikan yang lain, memandangkan mereka juga di bawah perkhidmatan awam dan merupakan barisan hadapan.


"Kami menerima banyak rungutan dan aduan dari para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang sering tertinggal dan tersisih dalam mendapat perhatian daripada kerajaan di kala wabak Covid-19 melanda.


"Berbanding golongan pendidik yang lain, mereka sering dipinggirkan dan tidak mendapat pembelaan. Jika guru-guru mempunyai NUTP dan KGMMB, dan di pihak pensyarah IPT pula mempunyai GERAK dan MAAC yang lantang bersuara, para pensyarah politeknik dan Kolej Komuniti pula diwakili oleh Kesatuan DH Kebangsaan (Kesatuan Kebangsaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia) yang tidak begitu dirasakan, malah suara mereka jarang diberikan tumpuan.


"Antara isu yang nyata mereka dianaktirikan ialah berkaitan kakitangan Politeknik dan Kolej Komuniti dari Semenanjung yang kembali bertugas di Sarawak. Kos kuarantin terpaksa ditanggung sendiri oleh mereka berbanding guru-guru KPM yang kosnya ditanggung oleh pihak kerajaan.


"Begitu juga isu vaksin. Tatkala banyak suara meminta para guru di sekolah diberi keutamaan untuk vaksin, para pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti dipinggirkan mendapat keutamaan walaupun kebanyakan mereka terpaksa mengadakan kelas secara bersemuka untuk kursus-kursus praktikal di dalam bengkel, makmal dan kelas," kata pimpinan Pembangkang dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, berdasarkan statistik tahun 2019 terdapat lebih 10,588 pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi) di seluruh negara di bawah skim DH.


Walaupun jumlah mereka secara relatif lebih rendah berbanding bilangan guru di Malaysia tetapi mereka juga menyumbang secara signifikan kepada pembangunan pendidikan negara khususnya TVET.


"Pencapaian kebolehpasaran Politeknik dan Kolej Komuniti yang melebihi 90% setiap tahun lebih daripada kadar purata nasional institusi TVET, sering didendang dan disanjung. Malangnya aspek kebajikan para pengajar atau pendidik dan kakitangan TVET pula sering terpinggir.


"Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti juga merupakan pejuang barisan hadapan. Mereka menyumbang terhadap kesinambungan pendidikan anak-anak pasca sekolah menengah dan membangunkan potensi pelajar yang rata-rata terdiri daripada kalangan keluarga B40 yang berjumlah seramai 85,936 di Politeknik, manakala 16,152 di Kolej Komuniti di seluruh negara.


"Mereka terdedah kepada risiko jangkitan virus Covid-19 kerana walaupun aspek teori dijalankan secara dalam talian, sesi amali perlu dilakukan secara bersemuka bagi majoriti kursus," kata mereka.


Jawatankuasa itu juga mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional bahawa warga Politeknik dan Kolej Komuniti telah banyak menyumbang terhadap usaha-usaha mengekang penularan Covid-19. Terutama memainkan peranan membantu menghasilkan Personal Protective Equipment (PPE) seperti gaun, pelitup muka dan pelindung muka (face mask/face shiled) serta membantu mengedarkan bantuan makanan kepada masyarakat berdasarkan kemahiran TVET yang mereka ada.


Selain itu, kata mereka, terdapat Politeknik dan Kolej Komuniti yang dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) seperti Politeknik Port Dickson.


Kalangan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang menganggotai pasukan beruniform seperti Wataniah, RELA dan APM juga telah banyak berkorban bergabung tenaga dengan barisan hadapan lain untuk membendung penularan wabak dalam masyarakat.


"Menyedari kepentingan peranan para pengajar dan kakitangan Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara, kami dari JK Pendidikan PH dan Ahli-ahli Parlimen dari blok Pembangkang mendesak agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama JK Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 untuk memberi keutamaan dan menyegerakan vaksin ke atas warga Politeknik dan Kolej Komuniti," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Natrah binti Ismail (KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (DAP), Wilfred Madius Tangau (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page