Jangan ambil mudah sokongan rakyat, perbaiki kelemahan parti - William



Anggota KEADILAN perlu memeriksa diri sendiri dan jangan salahkan rakyat kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru baru ini.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, anggota parti perlu bertanya apakah penyebabnya selepas menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke 14 tiba tiba kalah teruk dalam PRN.


"Kita melihat gelombang yang besar pada PRU 14 membawa kita ke Putrajaya. Dalam 24 bulan lepas Langkah Sheraton sokongan rakyat kepada kita jatuh. Parti kita kalah semua kerusi di Melaka dan Sarawak.Di Johor kita menang 1 kerusi


"Kita mesti ambil perhatian bahawa kita tidak boleh ambil mudah sokongan rakyat. Kita mesti lihat kepada parti kita sendiri. Bukan salahkan rakyat tetapi kita salahkan kita sendiri.


"Supaya kita dapat menarik balik keyakinan rakyat kepada kita. Ini adalah peluang kepada kita dalam pemilihan parti yang akan bermula bulan ini," katanya da;am ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja, petang tadi.


Di samping itu William juga menyerukan agar pemilihan KEADILAN 2022 dibuat dalam suasana yang matang dan harmoni serta tidak meretakkan parti.


"Saya ada tiga mesej kepada rakan rakan. Pertama marilah kita bertanding dengan cara aman damai, berhemah dan disiplin.


"Kedua, untuk menarik balik keyakinan dan kepercayaan rakyat, kita sebagai anggota yang diberikan kuasa, satu anggota satu undi hendaklah memilih dengan kebijaksanaan.


"Pemilihan parti dahulu ramai telah silap pilih. Pemimpin kata konon setia kepada parti akhirnya setia kepada diri sendiri. Jangan silap lagi. Ini peluang terakhir sebelum PRU 15 untuk kita laksana tanggungjawab kita, hapuskan unsur pengkhianatan yang masih ada dalam parti kita," katanya.


Selain itu, katanya, memilih pemimpin yang betul juga penting kerana boleh menentukan siapa yang akan menjadi calon dalam pilihan raya atau dalam pentadbiran tempatan.


"Saya minta anda, bila ada peluang jumpa calon calon yang akan bertanding untuk jawatan tinggi, tanya kepada mereka apakah pendirian sesuatu calon tentang Fasa 39.1. Iaitu kuasa dan tanggungjawab diberikan kepada cabang untuk mencadangkan calon bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan DUN termasuk Ahli Majlis. Jangan pandang remeh kepada suara cabang dan akar umbi kita.


"Kita sebagai anggota tempatan mengetahui siapa yang layak untuk menjadi calon dan ini harus diambil kira oleh majlis pimpinan negeri dan pusat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER