JanaVeteran inisiatif bantu veteran jana pendapatan dilancarkan
- Suara Keadilan
- May 9
- 1 min read

Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melancarkan inisiatif baharu bertujuan membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjana pendapatan secara berterusan dalam sektor pertanian.
melancarkan Projek JanaVeteran, inisiatif pertanian yang bertujuan membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjana pendapatan secara berterusan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif dikenali sebagai JanaVeteran itu menawarkan dua program utama iaitu Program Tanaman Halia dan Cili Fertigasi, serta Program Usahawan Tani Veteran.
Ia dilaksana menerusi menerusi kerjasama strategik dengan Boustead Plantations Berhad (BPlant), yang menyediakan lot tanah pertanian untuk disertai veteran ATM.
"Buat permulaan, kita mulakan dengan Projek Tanaman Halia dan Cili Fertigasi sebagai projek rintis yang dimulakan sejak bulan lalu, membabitkan 15 plot fertigasi di atas tanah BPlant seluas 12 hektar dan diusahakan 15 veteran ATM.
"Ini adalah inisiatif baharu untuk veteran ATM bagi memastikan mereka dapat menambah pendapatan mereka serta tidak mengharapkan pencen semata-mata," katanya dipetik.
Mohamed Khaled sebelumnya melancarkan Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat di Kota Tinggi pada Khamis.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya menyasarkan inisiatif JanaVeteran dalam tanaman halia, mampu dikembangkan secara komersial di peringkat nasional.
"Sasaran ini tidak mustahil kerana tanah seluas 300 hektar milik BPlant boleh digunakan untuk menjayakan inisiatif ini, malah BPlant mempunyai makmal penyelidikan bagi merangka teknologi pembenihan terbaik bukan sahaja tanaman halia malah cili, pisang dan tanaman hiliran lain yang boleh diusahakan secara komersial," tambahnya.
Comments