top of page

Jamuan tahun baharu bersama menteri MOSTI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 12, 2023
1 min read


Di tengah tengah kesibukan sebagai Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang sempat bertemu rakan rakan lama dalam jamuan Tahun Baharu Cina di Selangor, semalam.


Beliau teruja bertemu pimpinan peringkat Cabang hampir seluruh Selangor tersebut.

Berbincang bersama rakan seperjuangan

"Lunch Chinese New Year bersama Menteri MOSTI, YB Chang Lih Kang dan ahli ahli parti yang terdiri daripada ahli cabang cabang di Selangor.


"Sangat gembira dapat bertemu semula ramai komrad komrad lama. Reformasi!" katanya dalam catatan di Facebook beliau.


Turut hadir dalam jamuan tersebut Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chun, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Exco Selangor Hee Loy Sian, ADN Rawang Chua Wei Keat, ADN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan banyak lagi.





Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page