Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sungai Petani semalam berlangsung meriah.
Menurut Ahi Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum menghadiri majlis jamuan berkenaan
"Terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini terutamanya jemputan-jemputan khas yang merangkumi Ahli ahli Parlimen, ADUN-ADUN, pegawai-pegawai tadbir kerajaan, penghulu, pimpinan-pimpinan KEADILAN Kedah serta teman-teman dari Pakatan Harapan Kedah dan juga rakyat Sungai Petani keseluruhannya," kata beliau.
Datuk Johari juga mengucapkan penghargaan kepada anggota keselamatan seperti RELA, polis IPD Kuala Muda dan APM yang turut bekerjasama bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar serta teratur.
Comments