top of page

Jambatan kayu Kg Senibong bahaya, perlu diganti dengan jambatan konkrit

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Feb 9, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan negeri Johor mengambil tindakan terhadap jambatan kayu di Kg. Senibong di Pasir Gudang.


Beliau berkata ketika melawat jambatan kayu, beliau mendapati ia telah usang dan reput.


"Masalah jambatan yang dalam keadaan bahaya ini telah saya bangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Johor Bahru bersama-sama Pegawai Daerah Johor Bahru pada mesyuarat akhir tahun 2019.


"Sampai sekarang tidak ada tindakan," katanya.


Justeru, beliau meminta kerajaan negeri berbuat sesuatu bagi memastikan jambatan itu selamat digunakan untuk orang ramai.


"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya tetap bersikap baik sangka dan positif iaitu Kerajaan Negeri Johor melalui agensinya Pejabat Daerah Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru akan berusaha menggantikan jambatan kayu itu dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh dan selamat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page