Jambatan baharu di DUN Seri Setia di ambang Aidilfitri


Penduduk di DUN Seri Setia dan DUN Taman Medan menikmati jambatan baharu menjelang Aidilfitri 2021.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar, jambatan yang mula dibina pada 2019 menggantikan jambatan lama itu siap sepenuhnya pada Ramadan ini.


"Jambatan baru ini merentasi Sungai Penchala di jalan PJS 5. Jambatan dulu merupakan jambatan besi (sementara) dan strukturnya tidak kuat.


"Waktu itu saya jadi Ahli Majlis, saya cadangkan kepada pihak majlis, lima tahun lepas untuk membina satu jambatan konkrit menghubungkan PJS 5 di DUN Seri Setia dan PJS 4 di Taman Medan serta kawasan sekitarnya.


"Perbincangan telah dibuat pada lima tahun dahulu. Akhirnya telah dapat kata sepakat dari pihak majlis dan pemaju (taman perumahan) berdekatan Desa Ria ini, dan mereka sama-sama menyumbang untuk membina jambatan yang bermula pada November 2019," katanya semalam.


Jambatan merentasi Sg Penchala menghubungkan dua DUN memudahkan pergerakan penduduk

Jambatan itu menurut Halimey, telah dibuka secara rasmi pada 9 Mei 2021 dan menjadi penghubung penting penduduk di kedua-dia DUN.


"Semalam jambatan ini telah dibuka kepada orang ramai dan maklum balas yang saya terima amat baik.


"Salah satunya jambatan ini dapat mengurangkan kesesakan kerana kita tahu di kawasan Taman Medan dan Seri Setia adalah padat.


"Jalan ini digunakan menghubungkan mereka ke sekolah, pergi ke rumah ibadat, ke kedai dan juga memudahkan untuk balik ke rumah jika menghadapi kesesakan di tempat lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER