Jamawi saran rakyat Sabah tanam durian, komoditi bernilai tinggi
- Suara Keadilan

- Dec 26, 2025
- 1 min read

Menteri Pertanian Sabah, Datuk Jamawi Jaafar menggalakkan rakyat di negeri itu untuk menanam durian, khususnya durian varieti premium, sebagai komoditi bernilai tinggi dan berpotensi menjana pendapatan yang mampan.
Jelasnya, penanaman durian termasuk verieti Kinabalu King, Dalit dan Tenom Beauty perlu dipertingkatkan secara agresif memandangkan permintaan pasaran antarabangsa, khususnya China, semakin meningkat.
"Kita meletakkan sasaran dalam tempoh lima tahun akan datang, hasil durian premium yang ditanam di Sabah mampu mencapai potensi eksport ke China. Permintaan itu ada, tetapi bekalan kita masih tidak mencukupi," kata Ahli Dewan Undangan (ADN) Melalap itu dipetik.
Terdahulu, Jamawi hadir ke Program Lawatan Media ke Kebun Durian Timpangoh Laut di Penampang.
Sehubungan itu, bermula tahun hadapan jelasnya, kementerian akan mempergiat serta memperkasakan Program Kebun Dapur dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menanam sekurang-kurangnya empat hingga lima pokok durian premium di sekitar kediaman masing-masing.
Hasil durian yang diperoleh kelak akan dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan yang telah diwujudkan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian, masing-masing melibatkan 10 dan enam pusat di seluruh Sabah.
"Ini adalah gerakan bersepadu di bawah kementerian dengan penglibatan semua agensi, termasuk perikanan, jabatan haiwan dan lembaga industri, supaya pembangunan ekonomi rakyat dapat dilaksanakan secara menyeluruh," tambahnya.









Comments