top of page

Jalur Gemilang tiada bulan sabit: AMK Lembah Pantai buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 22
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Satu laporan polis telah dibuat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai baru baru ini berhubung bendera Malaysia, Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang dipaparkan di pentas utama pameran bayi, di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.


Ketua AMK Lembah Pantai, Amelia Zainabila Zaiffri menyifatkan tindakan itu jelas melanggar Akta 193, Seksyen 3 berkenaan kawalan paparan lambang kebangsaan.


''Selain itu, tindakan ini juga melanggar Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan.


''Dengan ini, saya selaku Ketua AMK Lembah Pantai mewakili Gabungan Kerajaan Perpaduan Lembah Pantai membuat laporan polis.


''Kami memohon pihak polis untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu terlibat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,'' katanya menerusi salinan laporan polis yang dilihat pengamal media.


Menurut Amelia lagi, beliau menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp berhubung paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika menghadiri Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Apartment Mutiara, Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama pada 19 April lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page