top of page

Jalan sementara Batang Kali-Genting siap digunakan



Jalan sehala sementara menghubungkan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya sudah siap dibina.


Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, jalan sehala itu sebagai langkah sementara diambil bagi kemudahan 4,000 hingga 5,000 penduduk Selangor yang berulang-alik dan bekerja di Genting Highlands, Pahang.


Menurutnya, jalan itu akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan boleh digunakan dalam waktu terdekat.


Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan tetap memberi tumpuan dalam soal keselamatan pengguna laluan tersebut.


"Isu keselamatan menjadi agenda utama kita bagi memastikan mereka yang menggunakan laluan itu selamat," katanya dipetik laporan Sinar.

Dalam kejadian 2.42 pagi pada 16 Disember lalu, seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan tersebut, 31 disahkan maut manakala 61 lagi terselamat.


Pada 20 Disember lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pemulihan cerun.


Pengguna laluan tersebut kemudian memberi pelbagai reaksi berhubung keputusan itu.


Ini susulan bukan sahaja ia menjadi laluan untuk pekerja, namun jalan berkenaan sering menjadi laluan alternatif bagi pemandu dari utara yang keluar menerusi Tol Tanjung Malim, seterusnya melalui Genting Highlands untuk ke pantai timur atau sebaliknya.


Susulan rungutan itu kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari tersebut akan dilebarkan dan dibuka semula secara sementara pada awal atau pertengahan Januari ini.


Beliau berkata, perkara itu sudah diputuskan semasa perbicangan beliau dengan JKR Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page