Jalan raya sesak, aktiviti harian berjalan seperti biasa: Lockdown apakah ini?


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown bertujuan untuk menurunkan keluk jangkitan Covid 19.


Namun selepas 3 hari lockdown dikuatkuasakan, 17 sektor dibenarkan beroperasi dan menyaksikan aktiviti harian berjalan seperti biasa


Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, satu pertanyaan perlu diajukan kepada kerajaan PN, apakah mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakan lockdown dan menangani jangkitan Covid 19 yang semakin tidak terkawal?


"Kilang boleh terus beroperasi, pasar dibuka seperti biasa, orang pergi bekerja setiap pagi dan ada yang berjoging di luar rumah, bersolat di masjid bahkan ada yang berkahwin. Lockdown apakah ini?


"Dari keadaan trafik yang sesak dan padat di jalan raya, kita sepatutnya sedar bahawa lockdown 3.0 yang dibuat ini tidak akan memberi impak untuk menurunkan jumlah kes.


"Tetapi penutupan di sini sana pasti banyak memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peniaga kecil, pelajar pula akan kehilangan setahun lagi pembelajaran, manakala kes jangkitan dan jumlah kematian akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Dr Tan mengingatkan bahawa kebanyakan kluster dikesan di tempat kerja, terutamanya kilang dengan bilangan pekerja yang ramai merupakan penyumbang utama kluster tempat kerja.


Katanya, sebagai contoh, sejumlah 115 kluster tempat kerja dengan lebih 5,392 kes dilaporkan berlaku antara 12 hingga 26 Mei, di mana lebih daripada separuh jumlah yang terlibat adalah dalam sektor pembuatan sebanyak 62 kluster atau 53.4 %.


"Dengan keadaan ini, mengapa kerajaan masih membenarkan begitu banyak kilang terus beroperasi dengan 60% tenaga kerja? Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu menjelaskan keputusannya ini.


"Menteri Kewangan pula memberitahu kesemua sektor ini mesti dibenarkan beroperasi kerana peranan mereka dalam rantaian pembekalan dunia.


"Memetik industri elektronik sebagai contoh, dia mengatakan jika Malaysia menghentikan pengeluaran, ia akan memberi kesan kepada dunia dalam bekalan peralatan perubatan, sistem pengangkutan dan telekomunikasi, termasuk industri air dan tenaga. Industri pembuatan lain juga merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan dunia, oleh itu, mereka tidak boleh menghentikan pengeluaran.


"Hakikatnya, eksport produk elektronik negara hanya menyumbang 7% daripada dagangan dunia. Industri elektronik dunia tidak akan runtuh hanya kerana Malaysia menghentikan pengeluaran selama 2 minggu. Begitu juga dengan industri lain. Memang diakui pengilang mungkin akan mengalami kerugian tetapi perniagaan mereka tidak akan runtuh sama sekali," katanya.


Bagaimanapun, katanya, kumpulan PKS, peniaga kecil dan orang biasa serta pekerja bawahan yang harus menanggung beban semua Prosedur Standard Operasi (SOP) dan penutupan. Sedangkan kilang-kilang besar dibenarkan terus beroperasi.


"Saya semakin jemu melihat Perdana Menteri meminta kita tinggal di rumah dan jaga diri. Kepada 2 juta pekerja kilang dan pejabat di 17 sektor yang harus terus bekerja mereka dan terdedah kepada risiko jangkitan, rayuan ‘untuk tinggal di rumah’ adalah gurauan yang kejam.


"Perkara mustahak sekarang adalah melakukan penutupan dengan lebih serius dan melakukan vaksinasi besar-besaran tanpa berlengah atau apa-apa alasan lagi.


"Apabila rantai jangkitan terputus dan vaksinasi besar-besaran mencapai sekurang-kurangnya 50% barulah program pemulihan ekonomi akan menjadi bermakna dan kehidupan akan kembali normal," kata Dr Tan lagi.


Beliau menegaskan sekiranya kerajaan gagal bertindak tegas sehingga menyebabkan PKP atau lockdown berpanjangan tanpa had maka Malaysia yang akan tamat!



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER