Kemelut politik yang melanda negara lebih mudah diselesaikan sekiranya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, Anwar dilihat mampu menampilkan strategi keluar kepada pandemik Covid 19 dan membangunkan semula ekonomi negara.
"Sebaliknya, KEADILAN Selangor memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19.
"Kami berkeyakinan Pakatan Harapan mampu mengemukakan suatu perancangan dalam bentuk ‘exit plan’ yang lebih baik seperti mana yang telah dibentangkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian.
"Satu-satunya jalan penyelesaian kepada kemelut politik hari ini ialah dengan pembentukan sebuah kerajaan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri dengan sokongan gabungan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan dan seluruh blok pembangkang," katanya.
コメント