Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang seolah-olah mahu melepaskan tangan dalam isu kartel daging halal.
Presiden KEADILAN itu menganggap tindakan membenarkan daging haram diberikan sijil halal bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mengkhianati kepercayaan umat Islam terhadap institusi agama dan kerajaan.
"Jakim semalam jawab ini bukan urusan kami. Saya nak tegaskan ini contoh paling hina dan keji bagaimana darah daging umat itupun dicerobohi.
"Dijanjikan halal, ini bukan soal Kementerian Pertanian tapi JAKIM juga perlu bertanggungjawab sebab yang bagi cop halal itu mereka.Jadi harus sama-sama bertanggungjawab," katanya.
Pada sama sama, Anwar menganggap rakyat tidak boleh bertolak ansur terhadap isu tersebut, lagi-lagi yang melibatkan integriti dan memperalatkan agama.
"Saya tak fikir wajar rakyat memaafkan kecelakaan ini dan kesialan yang berlaku dan harus ada tekad politik untuk segera beri jawapan dan menghukum orang orang mengguna agama, ini klasik, memperalatkan agama dan di samping itu meracuni rakyat," katanya.
Comments