top of page

Jakim, JHEAT diarah kerjasama pantau ajaran Ayah Pin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 18, 2024
  • 1 min read


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi menyiasat kemunculan semula ajaran Ayah Pin seperti dilapor media.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia sebagai langkah susulan selain siasatan yang dijalankan pihak berkuasa polis terhadap isu itu.

"Semua agensi ini akan memantau dan memberi nasihat khususnya kepada penduduk Terengganu untuk berhati-hati dengan ajaran sesat tersebut," katanya dipetik laporan media.


Mohd Naim sebelumnya hadir ke majlis penyerahan hadiah sumbangan Raja Arab Saudi bersempena Ramadan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada Ahad.


Media sebelum ini mendakwa ada usaha oleh bekas pengikut Ayah Pin atau Ariffin Mohammed untuk menghidupkan ajaran yang pernah difatwakan sebagai sesat itu.

Ia susulan pendedahan oleh Imam Masjid Gong Pasir, Besut, Tengku Azlan Raja Mamat dalam akaun Facebooknya pada Jumaat lalu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page