top of page

JAKIM anjur lebih banyak program tingkat perpaduan selaras titah Agong



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan lebih program yang boleh meningkatkan perpaduan rakyat di negara selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya menjunjung titah Sultan Ibrahim yang mahu semua lapisan masyarakat menjaga keharmonian negara serta tidak menyentuh isu-isu sensitif melibatkan raja, kaum dan agama (3R).


"Agensi agama di bawah saya akan teruskan usaha sebar luaskan Islam dan dalam masa sama hormati agama lain. JAKIM dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh bekerjasama dengan kaum dan agama lain.


"Kita nak tunjuk Islam ialah satu agama yang rahmah, agama yang menggalakkan kesatuan dan perpaduan serta mengajak semua umat ke arah keamanan dan kesejahteraan," katanya dipetik selepas merasmikan Konvensyen al-Quran di Putrajaya hari ini.


Sultan Ibrahim dalam titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berkongsi tentang pemerhatiannya selama 60 tahun dibentuk Mslaysia, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain.


Justeru itu baginda menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.


Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Na'im berkata pihaknya bersama seluruh agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa bekerjasama untuk merangka dan menggerakkan program pendidikan al-Quran kepada masyarakat.


"Institusi masjid dan surau khususnya akan terus diupayakan sebagai madrasah kepada masyarakat untuk mempelajari serta memahami kupasan dan tafsiran al-Quran," ujarnya sambil berkata usaha-usaha kreatif dan interaktif perlu digiatkan bagi mendekati anak-anak muda agar memahami serta menghayati kitab suci itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page