Jaga nama baik parti, elak budaya caci maki ketika pemilihan - Dr Sathia
- Suara Keadilan
- 12 hours ago
- 1 min read

Oleh: Mohd Azuan Ab Rahman
Calon Naib Presiden, Dr Sathia Prakash Nadarajan menyeru seluruh anggota parti dan calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini agar memelihara semangat perjuangan parti.
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN itu menerusi satu kenyataan menegaskan, semua pihak perlu menjunjung menjunjung tinggi nilai integriti, kesetiaan dan kematangan politik sepanjang proses pemilihan.
Semua pihak juga diingatkan supaya mengelak budaya memburukkan kepimpinan demi kepentingan peribadi.
"Kita tidak boleh hanya mencari silap dan lupa jasa. Kepimpinan terdahulu telah membuka jalan, kini tanggungjawab kita untuk memperkukuh legasi itu dengan kesetiaan dan iltizam, bukan caci maki.
"Kritikan membina adalah asas demokrasi dalaman parti itu, namun fitnah dan tohmahan akan menjadi racun yang merosakkan akar perjuangan.
"Maka jangan gigit tangan yang memberi, dan jangan lupakan dari mana kita bermula," katanya.
Menerusi kenyataan sama calon Naib Presiden KEADILAN itu turut mengalu-alukan sikap bersaing secara sihat pada pemilihan kali ini yang berteraskan matlamat memperkukuh parti.
Justeru beliau berharap pemilihan kali ini akan berlangsung secara adil, matang dan beretika.
"Matlamat kita bukan menjatuhkan sesama sendiri, tetapi memperkukuh KEADILAN," tambahnya.