top of page

Jaga kesihatan ekoran cuaca panas, jerebu - KKM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 19, 2023
2 min read


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar lebih prihatin dalam menjaga kesihatan ekoran cuaca panas dan berjerebu ketika ini.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di

beberapa kawasan di Malaysia ketika ini boleh menyebabkan tahap kesihatan terjejas.


"Berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Sumber Asli,

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada 18 April 2023, terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga).


"Manakala pada tarikh yang sama, tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (Gelombang Haba)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.


Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, NRECC turut melaporkan berlaku kemerosotan kualiti udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan.


Misalnya pada 18 April 2023, jam 10.00 pagi, dua kawasan iaitu Johan Setia (Selangor) dan Kota Bharu (Kelantan) dilaporkan mencatat status kualiti udara yang tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing masing 150 dan 120.


"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang

merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan," katanya.


Beliau menggariskan 8 langkah bagi menjaga kesihatan ketika cuaca panas. Iaitu Hadkan aktiviti fizikal lasak; Hadkan masa berada di luar bangunan. Gunakan pelitup muka (face mask) yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas; Tutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.


Keempat, gunakan penyaman udara dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan; Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga Kerapkan mandi bagi menyejukkan badan dan gunakan alat penyaman udara dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar


Terakhir rakyat boleh mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka berasa kurang sihat.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page