top of page

Jaga alam sekitar, kebersihan jadikan elemen penting kehidupan seharian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17
  • 2 min read
DS Dr Wan Azizah menyatakan pentingkan menjaga kebersihan dan alam sekitar
DS Dr Wan Azizah menyatakan pentingkan menjaga kebersihan dan alam sekitar

Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru masyarakat di negara ini agar peka dengan keperluan menjaga alam sekitar dan mengelakkan penggunaan plastik bertujuan menyelamatkan alam sekitar dan bumi.


Seruan itu disampaikan oleh beliau ketika ucaptama Majlis Perasmian Penutupan Program Kempen Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku 2.0 peringkat DUN Kajang bertemakan Bersih Kendiri, Persekitaran Lestari MADANI’, hari ini.


Ujar Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Perdana Menteri (PM), kebersihan sewajarnya diangkat sebagai elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat di negara ini.


"Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang suka kepada persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah.


"Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga didikan yang diberikan oleh ibu bapa kita sejak dari kecil supaya sentiasa menjaga kebersihan selaras dengan kehendak agama dan masyarakat.


"Semua agama mengajar kita supaya menjaga kebersihan dan menjadikannya amalan harian dalam kehidupan kita. Peri pentingnya menjaga kebersihan, sehingga bagi orang-orang Islam, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman," katanya pada ucapan di majlis itu.


Dr Wan Azizah dijemput oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong bagi merasmikan majlis berkenaan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jasmin.


Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Penasihat KEADILAN menyifatkan, program Kempen Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan harus diperluaskan ke seluruh sekolah serta komuniti masyarakat.


Katanya, kolaborasi daripada pelbagai agensi yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat, dan pihak Penjara Kajang yang diketengahkan dalam Program hari ini merupakan idea yang sangat baik.


"Ini kerana, saya merasakan melalui program Kempen KBKD 2.0 ini, para pelajar bukan sahaja diberi pendedahan tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar, malah dapat memberi nilai tambah tentang kesedaran kendiri, tips-tips bersih daripada gejala-gejala yang tidak sihat dan sebagainya.


"Saya difahamkan, pada hari ini turut diadakan sekali Sambutan Hari Alam Sekitar sedunia dengan tema ‘Hentikan Pencemaran Plastik’ peringkat DUN Kajang, dan Pelancaran Program Pencegahan Dadah (PPDA) peringkat sekolah.


"Saya juga berharap agar Kempen KBKD 2.0 ini akan mencapai matlamat dan objektif murni yang ingin disampaikan agar Kajang menjadi sebuah tempat yang bersih, selesa dan aman untuk didiami," ujarnya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page