top of page

Jadikan sekolah kawasan selamat dari gangguan seksual - Fadhlina



Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu gangguan seksual terhadap murid sekolah.


Sehubungan itu, Menterinya Fadhlina Sidek memberi amaran keras bahawa pendidik atau kakitangan yang terbabit dengan kesalahan itu akan dipecat selain dibawa ke muka pengadilan.


"You touch, you go (kamu sentuh, kamu pergi)," katanya ketika berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam pada Sabtu.


Tambah beliau, KPM komited menyediakan sekolah sebagai tempat paling selamat selepas rumah terutama daripada gangguan seksual yang boleh menghancurkan masa depan seseorang murid.


Susulan itu KPM telah melancarkan Program Sekolah Selamat yang antara pengisiannya menyediakan persekitaran bebas dari gangguan seksual menerusi pengenalan garis panduan khas.


"Ini juga termasuk dalam konteks sukan yang kita buat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan supaya murid merasa selamat laksana aktiviti sukan," katanya dipetik.


Fadhlina sementara itu berkata, isu gangguan terhadap murid amat dekat kepadanya, malah beliau sendiri pernah bertemu dengan mangsa yang turut membabitkan murid di institut agama.


"Bila saya tanya mengapa tak laporkan, mereka jawab ustaz cakap kalau bagitahu orang lain ilmu tak berkat…kena jaga aib yang beri ilmu," tambahnya.


Menurutnya, KPM juga akan menambah guru kaunseling di setiap sekolah termasuk kepada murid keperluan khas sebagai persediaan untuk berdepan dengan kes gangguan seksual.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page