top of page

Jadikan Kelantan kuasa baharu KEADILAN, tekad Zinda Khalil calon MPP



Kelantan sejak dua dekad lalu tidak difokuskan dalam strategi utama KEADILAN meraih kuasa politik di Malaysia.


Bagi calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zinda Khalil Sastro Hassan, hal itu menyebabkan kurangnya perancangan untuk menyegarkan KEADILAN di negeri Pantai Timur itu.


Oleh itu, beliau bertekad untuk menggerakkan Kelantan menjadi sebuah negeri penting kepada KEADILAN dan akan membawa masalah anggota parti di negeri itu ke dalam badan pembuat keputusan.


"Saya berhasrat menjadikan Pantai Timur, khasnya Kelantan sebagai kuasa baru KEADILAN di Malaysia. Juga membawa suara anggota KEADILAN dari negeri ini supaya diberi perhatian oleh pusat.


"Selain itu saya juga akan kekal dalam perjuangan melawan rasuah serta politik wang dan berazam menjadikan Kelantan sebuah negeri yang berdaya maju, menerapkan teknologi hijau juga menjaga alam sekitar serta khazanah negara," katanya.


Zinda yang juga mantan Ketua Cabang Kota Bharu dan Ketua Penerangan KEADILAN Negeri itu turut menyenaraikan masalah KEADILAN Kelantan yang akan menjadi fokus untuk beliau atasi bersama pimpinan parti yang lain.


"Kita di Kelantan menghadapi masalah kurang diketengahkan tokoh tokoh dari negeri ini. Kelantan dipinggirkan kerana dianggap kubu Pas


"Di peringkat rakyat pula, KEADILAN kurang jadi pilihan kerana dilabel dengan pelbagai tohmahan oleh anggota parti lawan


"Justeru KEADILAN tidak akan menjadi pilihan utama jika tiada perancangan yang dibantu oleh pihak KEADILAN pusat ke atas negeri dan peringkat Cabang.


"Suka saya mencadangkan agar salah seorang Naib Presiden yang menang diberi tanggungjawab mengawasi Kelantan dan negeri Pantai Timur untuk memantapkan lagi gerak kerja KEADILAN," kata Zinda lagi.


Zinda yang naik dari bawah dan pernah diberi amanah sebagai Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan serta mantan Ketua AMK Cabang Kota Bharu itu berharap akan diberi kepercayaan sebagai ahli MPP kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page