top of page

Jadikan Johor negeri KEADILAN - Dr Maszlee Malik



Johor perlu ditawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan Mac ini.


Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, penawanan Johor harus bermula di Simpang Renggam dengan kedua dua DUN di bawah Parlimen itu ditakluki terlebih dahulu.


"Simpang Renggam tidak pernah dikenali sebagai kubu kuat KEADILAN walaupun secara demografi kawasan ini adalah daerah KEADILAN.


"Kita ada Melayu 53%, Cina 35% dan India 14%. Ini komposisi KEADILAN, masyarakat majmuk tetapi belum pernah lagi Simpang Renggam dan kedua dua DUNnya menjadi kubu kuat KEADILAN.


"Tetapi sejak beberapa minggu yang lalu kita telah bertekad untuk menjadikan Simpang Renggam daerah KEADILAN.


"Kita jadikan Parlimen ini deposit tetap KEADILAN. Kita akan jadikan DUN Layang Layang milik KEADILAN, kita akan jadikan DUN Machap DUN PH, yang mana jenteranya jentera KEADILAN," katanya dalam ceramah jelajah Presiden KEADILAN di Simpang Renggam, semalam.


Menurut Dr Maszlee, rakyat kawasan itu tidak akan lupa kejayaan Pakatan Harapan menutup ladang perlupusan sampah atau landfill


Sampah berbau busuk jika hari panas dan terhentinya loji rawatan air di Simpang Renggam jika hari hujan kerana air sampah masuk ke sungai. Penderitaan penduduk itu telah berakhir sejak 2019.


"10 tahun lebih masalah air, masalah sampah, kita selesaikan masalah ini.


"Malang umur kerajaan kita tak panjang, kalau cukup 5 tahun saya yakin orang akan keliru, Simpang Renggam ini sudah jadi Johor Bahru.


"Dulu Simpang Renggam tak ada McD sekarang dah ada. Bagi orang yang ingin tempat untuk mereka berniaga dan bermesyuarat McD menjadi rahmat buat mereka. Antara janji kita kita nak bawa universiti, saya waktu Menteri Pendidikan nak bawa cawangan UiTM di Renggam, kalau jadi Renggam dah jadi bandar besar. Kita dikhianati. Tukar menteri dibatalkan.


"Kita janji bawa universiti, hari ini Open Universiti ada di Simpang Renggam dan ramai pelajar dewasa kita, ramai sudah mendaftar untuk diploma, ijazah, master dan PhD," katanya.


Oleh itu, Dr Maszlee yakin, gelombang perubahan yang akan bermula di Simpang Renggam akan melanda Johor kali ini dan meletakkan Johor sebaris dengan negeri KEADILAN lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan.


"Simpang Renggam hanya permulaan, tekad kita PRN Johor, Johor kita punya.


"Rakyat Johor bermula di DUN Layang Layang, DUN Machap, kita jadikan Johor negeri KEADILAN," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page