Jadikan Islam sebagai contoh boleh diteladani - PM Anwar
- Suara Keadilan

- 42 minutes ago
- 1 min read

Umat Islam di negara ini dituntut bermuhasabah dan memantapkan sahsiah diri agar keindahan Islam dapat ditonjolkan melalui keperibadian serta teladan yang terpuji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa pendekatan dan gaya menyampaikan mesej agama mesti diberi perhatian agar tidak mencetuskan rasa bimbang atau salah faham dalam kalangan masyarakat majmuk.
Kelemahan dalam menunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik boleh menyebabkan masyarakat sukar menerima Islam, malah membuka ruang kepada persepsi yang kurang tepat terhadap agama.
"Ada masalah sekarang, kadangkala orang merasa lebih cemas dengan nada Islam itu sendiri. Masalahnya bukan pada orang lain, masalahnya pada kita.
"Cabaran bagi umat sekarang ialah bagaimana boleh ini (Islam) dijadikan sebagai contoh yang mampu diteladani oleh umat dan oleh manusia keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata begitu pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Serdang semalam.
Sementara itu Perdana Menteri turut berharap sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya sekadar menjadi acara tahunan, sebaliknya menjadi ruang memperbaharui tekad dan semangat umat Islam.
Perjalanan kehidupan Rasulullah SAW menurutnya mengandungi pelbagai teladan yang wajar diterjemahkan dalam kehidupan seharian, sejajar dengan sifat Islam yang dinamik.




Comments