top of page

Jadikan Azizulhasni sumber inspirasi anak muda bersaing di Olimpik



Komitmen tertinggi yang ditunjukkan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang seharusnya dijadikan inspirasi oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak anak mereka menjadi jaguh sehingga bertaraf atlet Sukan Olimpik.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng berkata, keazaman Azizulhasni mampu membakar semangat atlet muda Malaysia memburu impian ke saingan peringkat tertinggi pada masa depan.


"Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk lebih aktif dalam sukan dengan matlamat menjadi atlet berprestasi tinggi hingga ke Sukan Olimpik.


"Selain sukan tradisi seperti badminton dan berbasikal trek, inspirasi yang dicetuskan Datuk Azizulhasni seharusnya membuka mata anak muda terutama para pelajar menggapai impian meraih pingat emas pertama buat negara.


"Aktiviti sukan bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mampu membentuk disiplin, kerja berpasukan, dan daya saing.


"Biarpun beliau tidak dapat meneruskan saingan bagi acara keirin namun kata-kata perangsang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada beliau cukup memberikan isyarat sokongan tidak berbelah bahagi Perdana Menteri bagi membakar semangat atlet muda mencapai status sepertinya," kata Andre Lai.


Mengulas lanjut Andre yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berkata, melalui latihan sukan yang konsisten anak muda akan belajar mengenai ketahanan mental dan fizikal serta kepentingan berusaha sehabis daya dalam mencapai sasaran yang diinginkan.


Menyokong mereka mencapai matlamat tersebut, katanya, boleh membuka peluang anak muda mengejar kejayaan di peringkat lebih tinggi serta mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.


"Saya yakin dengan dorongan yang betul, anak-anak boleh mengasah bakat mereka dan mungkin satu hari nanti mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik edisi seterusnya di Los Angeles pada 2028," katanya lagi.


Dalam pada itu, Andre Lai juga mengucapkan terima kasih terhadap pengorbanan Azizulhasni berusia 36 tahun itu dalam lebih sedekad penyertaannya dalam sukan lumba basikal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page