Jadi Jambatan Benua, ASEAN di Malaysia Berkelas Dunia
- Abdul Rahim Razak
- 15 minutes ago
- 1 min read
Jadi Jambatan Benua, ASEAN di Malaysia Berkelas Dunia
Ketua Biro Latihan dan Perkaderan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ashraf Hadi berkata, Malaysia menjadi platform diplomasi dipercayai semua pihak, sama ada blok Barat, Timur mahupun Selatan Global membuktikan dasar luar Malaysia diterima dan diyakini.
Kata Ashraf, susulan kestabilan politik dan kebijakan diplomasi, ia memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa untuk terus menanam modal di Malaysia sekaligus membuka peluang dan potensi khususnya kepada golongan muda sama ada di Malaysia dan rantau ASEAN.





