top of page

Jabatan Wilayah Persekutuan perlu libatkan Ahli Parlimen KL - Pakar



Jabatan Wilayah Persekutuan yang menguruskan Kuala Lumpur perlu melibatkan Ahli Parlimen tempatan dalam proses membuat sebarang keputusan, kata seorang pakar kerajaan tempatan.


Derek Fernandez berkata, amalan diguna pakai majlis tempatan di mana semua ahli majlis dilibatkan dalam proses membuat keputusan wajar diguna pakai bagi mengelak sebarang keputusan yang menjurus kepada “salah guna kuasa”.


"Ini demi mengelak kuasa berlebihan berada dalam tangan seorang individu yang mempunyai prerogatif membuat keputusan," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas penstrukturan semula Kementerian Wilayah Persekutuan yang kini dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di letakkan bawah Jabatan Perdana Menteri dan difahamkan diterajui oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Rosida Jaafar.


Fernandez berkata, sekiranya ia bukan pilihan terbaik Ahli Parlimen Kuala Lumpur boleh membentuk jawatankuasa bagi menyemak dan membahaskan rancangan dan dasar.


"Lebih banyak input lebih baik kerana kita memerlukan perspektif berbeza sebelum mencapai keputusan bersama,” jelasnya.


Selain menggesa penglibatan Ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan, beliau turut meminta jabatan itu memastikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 digazetkan.


Isu banjir di Kuala Lumpur juga merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera dengan mengambil kira infrastruktur dibina gagal mendepani kemajuan pesat pembangunan di sekitar bandaraya itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page